HUSSEIN pada sidang media selepas Program Townhall Discussion Polis Selangor 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar
HUSSEIN pada sidang media selepas Program Townhall Discussion Polis Selangor 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar
Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Kertas siasatan berkaitan insiden penemuan satu bagasi berisi wang lebih RM500,000 di Damansara akan dirujuk ke Bukit Aman terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya perlu membuat rujukan perundangan memandangkan individu yang menuntut wang terbabit tidak mempunyai bukti kukuh.

"Kes (bagasi) sudah lengkap, kertas siasatan rujuk ke Bukit Aman dulu kerana individu yang menuntut wang itu tidak boleh memberikan bukti yang cukup mengatakan dari mana sumber duit itu.

"Jadi kita perlu rujuk pada Bukit Aman bagi mendapatkan pandangan perundangan sebelum kita rujuk kertas siasatan ini kepada pendakwa raya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024 di Dewan D' Cerana Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Hussein berkata, setakat ini, sembilan individu termasuk yang menuntut wang berkenaan sudah diambil keterangan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, bagasi itu ditemukan jam 8 pagi oleh seorang pengawal keselamatan pada 20 Mac lalu di sebuah pusat beli belah di Damansara.

Susulan penemuan itu, polis meminta pemilik bagasi tampil ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya bersama bukti berkaitan bagi mengesahkan pemilikan wang berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mei 2024 @ 2:48 PM