Azmir (dua dari kanan) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bagi memulakan proses pra-tawaran awam awal (Pra-IPO) NPG di Bursa Saham Singapura (SGX) yang diwakili oleh Pengasas dan Pengerusi NPG, Datuk Sri Norman Pang (dua dari kiri), turut serta Pengurus dan Ketua Pegawai Eksekutif Evolve Capital Advisory, Jerry Chua dan Pengerusi MCI Capital, Cannis Chan. FOTO Rohanis Shukri
Azmir (dua dari kanan) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bagi memulakan proses pra-tawaran awam awal (Pra-IPO) NPG di Bursa Saham Singapura (SGX) yang diwakili oleh Pengasas dan Pengerusi NPG, Datuk Sri Norman Pang (dua dari kiri), turut serta Pengurus dan Ketua Pegawai Eksekutif Evolve Capital Advisory, Jerry Chua dan Pengerusi MCI Capital, Cannis Chan. FOTO Rohanis Shukri
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Kejayaan luar biasa kutipan filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan dan terbaru, Sheriff : Narko Integriti serta pengiktirafan dari dalam dan luar negara berjaya memberi impak untuk menarik pelabur dalam industri perfileman tanah air.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, ia dapat dibuktikan apabila banyak pihak berminat untuk bekerjasama dalam menghasilkan karya berkualiti untuk pasaran filem ke peringkat antarabangsa.

"Berdasarkan situasi semasa industri seni dan pencapaian filem Mat Kilau dan Sheriff, ia menunjukkan pelabur ada keyakinan untuk membuat pelaburan dalam industri perfileman tempatan.

"Justeru, pihak Finas sangat mengalu-alukan inisiatif mereka dan membuka ruang kepada penerbit filem untuk mencuba nasib.

"Sebagai perantara, pintu Finas sentiasa terbuka kepada syarikat yang mahu berkongsi visi dan komited untuk membangunkan industri perfileman tempatan ke tahap yang lebih tinggi," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman pra-tawaran permulaan awam (pra-IPO) Norman Pang Group (NPG) sempena pelancaran dana IPO Asia bersama MCI Capital dan pengumuman pelaburan untuk filem tempatan melalui kolaborasi Finas dan NPG di Bangsar South, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi dan Pengasas NPG, Datuk Seri Norman Pang dan Pengerusi MCI Capital, Cannis Chan.

Azmir (dua dari kanan) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bagi memulakan proses pra-tawaran awam awal (Pra-IPO) NPG di Bursa Saham Singapura (SGX). FOTO Rohanis Shukri
Azmir (dua dari kanan) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bagi memulakan proses pra-tawaran awam awal (Pra-IPO) NPG di Bursa Saham Singapura (SGX). FOTO Rohanis Shukri

Mengenai kolaborasi dengan agensi insurans terkemuka NPG pula, kata Azmir, syarikat swasta itu menunjukkan minat untuk bekerjasama dalam industri kreatif tempatan dengan melabur sebanyak RM25 juta.

Katanya, jumlah pelaburan itu adalah sebahagian daripada dana IPO Asia sebanyak RM250 juta yang dilancarkan MCI Capital bagi membantu agensi insurans itu untuk memulakan proses pra-tawaran awam awal (pra-IPO) NPG di Bursa Saham Singapura (SGX).

"Sejajar dengan misi untuk merangsang industri perfileman, Finas memang mengalu-alukan kerjasama semua syarikat besar atau kecil untuk melabur dalam industri perfileman tanah air.

"Finas juga memuji komitmen NPG untuk melabur sebahagian dari dana IPO Asia sebanyak RM25 juta sebagai pelaburan dalam industri filem tempatan dan mempromosikan bakat tempatan di peringkat global.

"Sasaran utama NPG adalah pelaburan dalam pembikinan dan pengedaran filem. Ia memfokuskan kembali usaha untuk mengembangkan dan mengangkat industri hiburan tempatan ke persada antarabangsa melalui kerjasama awam dan swasta," katanya.

Mengenai profil NPG pula, kata Azmir, pihaknya sudah menyemak profil mereka kerana ia kali pertama membabitkan kerjasama dengan agensi insurans.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mei 2024 @ 3:13 PM