PERANTI ini boleh melancarkan sebarang aplikasi khususnya untuk pemproses kompleks seperti suntingan video, animasi dan pemulihan warna.
PERANTI ini boleh melancarkan sebarang aplikasi khususnya untuk pemproses kompleks seperti suntingan video, animasi dan pemulihan warna.
Muhammad Saufi Hassan


PERANTI berkonsepkan tablet semakin popular ketika ini, ia sekali gus menjadi pilihan pengguna khususnya yang mementingkan tugasan produktiviti tanpa mengira tempat atau masa.

Bagaimanapun, masalah utama peranti jenis ini adalah ketidakupayaan spesifikasinya untuk melancarkan aplikasi prestasi tinggi seperti suntingan video atau animasi.

Namun, masalah itu boleh diatasi menerusi penggunaan peranti baharu keluaran Apple iaitu iPad Air yang dikuasakan dengan cip pemproses M2 sekali gus memberikan kelicinan kepada sebarang penggunaan.

Pengalaman penulis melancarkan aplikasi suntingan video seperti Final Cut Pro dan aplikasi pemulihan warna, DaVinci Resolve, peranti iPad Air M2 13 inci berkenaan mampu melancarkan tanpa sebarang masalah.

Proses 'rendering' menggunakan peranti itu juga hanya mengambil masa beberapa minit dengan penggunaan resolusi bahan video 4K pelbagai lapis.

Semua proses berkenaan hanya mengambil masa singkat dengan keupayaan cip pemproses M2 yang dikuasakan menerusi peranti berkenaan.

Bagi aplikasi pemulihan warna, DaVinci Resolve pula, pengguna boleh melakukan pengub

ahsuaian warna secara masa nyata tanpa sebarang kelengahan.

Semua proses itu boleh dilaksanakan secara masa nyata tanpa perlu menunggu 'rendering' untuk setiap pemulihan warna yang dilaksanakan.

Peranti iPad Air M2 13 inci ini juga berkeupayaan untuk melancarkan permainan Assassins Creed: Mirage dengan bacaan kadar segar semula (FPS) sekitar 60FPS sekali gus menjadikan ia peranti permainan masa depan.

Bagi ujian permainan, penulis akan memperkatakan dengan lebih dalam lagi untuk reviu akan datang.

Untuk pandang pertama, iPad Air M2 13 inci ini dikuasakan dengan talaan prestasi CPU yang lebih baik iaitu sekitar 15 peratus daripada generasi terdahulu dan prestasi grafik lebih 25 peratus.

Tambahan pula, ia didatangkan dengan 'engine neural' 40 peratus lebih baik menjadikan peranti ini sesuai untuk melaksanakan tugasan produktiviti 'on-the-go' paling baik dalam kelasnya.

Bagi ketersambungan pula, ia turut didatangkan dengan sambungan Internet tanpa wayar, WiFi 6E sekali gus menawarkan kestabilan peranti untuk semua keadaan.

Peranti iPad Air M2 13 inci ini juga menyokong Apple Pencil Pro iaitu variasi baharu yang dilengkapi dengan 'pressure point' untuk memberikan hasil lebih baik dalam kreativiti.

Secara keseluruhannya, Apple iPad Air M2 13 inci ini memberi dinamika baharu dalam peranti kelas tablet sekali gus menjadikan ia satu perkakas perlu milik untuk pengguna yang mementingkan produktiviti setiap masa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2024 @ 6:46 AM