Hanis Aliaa Hidzir

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan permintaan untuk tablet sekali gus menjadikan lebih banyak pilihan tersedia di pasaran.

Sama seperti rangkaian telefon pintar mereka, HUAWEI turut mempunyai tiga kategori tablet yang memenuhi keperluan pengguna berbeza iaitu MatePad Pro, MatePad, dan MatePad T Series.

Pengguna boleh memilih bermula dari tablet ringan sesuai untuk mengambil nota ketika di dalam kelas atau mesyuarat sehinggalah tablet dengan grafik terbaik bagi menonton filem atau permainan video.

Tablet mercu, Matepad Pro 12.6 inci

Image

Dilengkapi skrin OLED 12.6 inci dengan resolusi 2560x1600 dan DCI-P3 serta lapan pembesar suara, tablet ini dapat memberikan pengguna pengalaman hiburan terbaik menerusi nada dan perincian yang jelas.

MatePad Pro 12.6 inci yang dikuasakan oleh pemprosesan Kirin 9000E mempamerkan prestasi hebat dengan penyimpanan besar 8 + 256GB.

Selain itu, peranti ini turut boleh dipadankan dengan M-pencil (Generasi kedua) dan papan kekunci serta dilengkapi dengan tiga kamera iaitu kamera utama 13MP, kamera sudut lebar 8MP dan kanta pengesan kedalaman 3D.

Dengan 40W SuperCharge, tablet ini mampu mengecas sepenuhnya dalam masa dua jam sahaja, dengan satu cas bertahan sehingga 14 jam.

Ia juga menyokong pengecasan terbalik tanpa wayar sehingga 27W. Contohnya, ketika dalam perjalanan, pengguna boleh menjimatkan masa dengan meletakkan peranti seperti telefon dan jam tangan pada panel belakang tablet untuk pengecasan tanpa wayar.

Hadir dalam warna Matte Grey dan Olive Green, tablet ini boleh didapati pada dua berbeza iaitu RM3,999 untuk pakej Matte Grey dan papan kekunci sementara RM4,399 bagi pakej Olive Green, M-pencil dan papan kekunci.

MatePad 11, pilihan arus perdana

Image

Dengan skrin 10.95 inci dan kadar penyegaran hingga 120hz, HUAWEI MatePad 11 memberikan pergerakan dan visual yang lebih lancar.

Boleh dipadankan dengan M-pencil (Generasi kedua) dan papan kekunci, padanan ini memberikan tahap respons yang tinggi dengan latensi serendah 2ms pada stylus.

Ini membolehkan tablet menyediakan sebuah pengalaman penulisan yang paling responsif, konsisten dan nyata.

Ciri-ciri lain yang ada pada peranti ini termasuk pemproses Snapdragon 865 serta empat pembesar suara dan empat mikrofon untuk bunyi sekeliling.

MatePad 11 boleh didapati dalam dua warna, saiz dan harga berbeza iaitu Matte Grey 6+128GB pada harga RM1,999 manakala RM2,399 bagi Olive Green 6+256GB.

Lebih menarik, kedua-dua HUAWEI MatePad Pro dan MatePad 11 menggunakan sistem HarmonyOS yang menyokong HUAWEI Share dengan telefon pintar dan komputer riba.

Terdapat tiga mod tersedia pada kolaborasi pelbagai skrin antara peranti:

Mod cermin (mirror mode) - Skrin komputer riba boleh dicerminkan pada tablet menunjukkan kandungan yang sama.

Mod lanjutan (extend mode) - MatePad Pro dan MatePad 11 berupaya menyokong paparan tambahan komputer riba. Pengguna boleh membuka banyak tab dalam satu peranti dan dapat membandingkannya dengan mudah dengan membuka fail secara serentak pada dua peranti.

Mod kolaborasi (collaborate mode) - Pengguna boleh menaip dengan papan kekunci komputer riba atau tetikus untuk menyeret dan melepaskan fail antara peranti dengan lancar sekali gus menjimatkan masa untuk memindahkan kandungan berbanding menggunakan pemacu USB atau aplikasi pihak ketiga.

HUAWEI MatePad 10.4

Image

Tablet ini dilengkapi skrin 2K bersaiz 10.4 inci, sambungan LTE serta turut terdapat versi WiFi. Tambahan, ia bukan sahaja serasi dengan M-pencil dan papan kekunci malah boleh berkongsi fail menerusi HUAWEI Share dengan telefon pintar.

Peranti ini didatangkan dalam dua versi iaitu LTE 4+64GB berharga RM1,399 yang hanya tersedia secara dalam talian, sementara versi WiFi 4+128GB tersedia secara fizikal dan dalam talian pada harga RM1,499.

MatePad T10S dan T10

Skrin FHD 10 inci tablet MatePad T10s dan MatePad T10 9.7 inci dilengkapi pelindung mata yang disahkan oleh TÜV Rheinland serta sudut kanak-kanak bagi menapis kandungan dan mengurus aplikasi.

Pengguna boleh mendapatkan MatePad T10 2+32GB secara eksklusif dalam talian pada harga RM799 manakala T10S 2+32GB versi LTE secara runcit dan dalam talian hanya pada RM899.

Manfaatkan aplikasi penting ketika bekerja dari rumah

Image

Meskipun kini kerajaan membenarkan hampir semua industri beroperasi, kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk terus bekerja dari rumah.

Justeru, aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Zoom menjadi satu keperluan dalam sesebuah peranti.

Berikut langkah untuk pengguna mengakses dan memuat turun pelbagai aplikasi penting ke tablet HUAWEI:

Aplikasi produktiviti

Zoom - Lakukan carian Zoom di AppGallery > Muat turun > Pasang aplikasi

Google Meet & Google Classroom - Boleh dilancarkan melalui AppGallery > Buat carian Google Meet atau Google Classroom > Lancarkan sebagai aplikasi pantas menerusi pelayar web > Tambah 'shortcut' pada skrin utama namun pengguna tidak dapat berkongsi skrin

Microsoft Word, Excel, Powerpoint & WPS Office - Terdapat di AppGallery untuk dimuat turun secara langsung

Aplikasi e-mel

Microsoft Outlook & Gmail - Boleh dilancarkan melalui AppGallery > Buat carian Microsoft Outlook atau Gmail > Lancarkan sebagai aplikasi pantas menerusi pelayar web > Tambah 'shortcut' pada skrin utama

myMail (Hotmail, Gmail & Outlook) - Terdapat di AppGallery untuk dimuat turun secara langsung

Aplikasi sosial

Telegram, Tinder, WeChat, LINE - Terdapat di AppGallery untuk dimuat turun secara langsung

Twitter - Boleh dilancarkan melalui AppGallery > Buat carian Twitter > Lancarkan sebagai aplikasi pantas menerusi pelayar web > Tambah 'shortcut' pada skrin utama

WhatsApp & Facebook - Buat carian di AppGallery > Buka WhatsApp Messenger atau Facebook > Terus ke pelayar web dan muat turun

Instagram & Messenger - Buat carian di AppGallery > Muat turun melalui Petal Search di AppGallery ATAU Cari Instagram di AppGallery > Lancarkan sebagai aplikasi pantas menerusi pelayar web > Tambah 'shortcut' pada skrin utama

Aplikasi beli-belah

Shopee, Lazada, Mudah, Shopback, Taobao, Zalora - Terdapat di AppGallery untuk dimuat turun secara langsung

Aplikasi hiburan

Netflix - Buat carian di AppGallery > Muat turun melalui Petal Search di AppGallery

Astro GO, Viu TV, iFlix - Terdapat di AppGallery untuk dimuat turun secara langsung

Aplikasi permainan video

Mobile Legends, Garena Free Fire, Honkai Impact 3, Lords Mobile - Terdapat di AppGallery untuk dimuat turun secara langsung

Roblox - Boleh dilancarkan melalui AppGallery > Buat carian Roblox > Lancarkan sebagai aplikasi pantas menerusi pelayar web > Tambah 'shortcut' pada skrin utama

Clash of Clans - Buat carian di AppGallery > Muat turun melalui Petal Search di AppGallery

Untuk lebih memudahkan pengguna aplikasi Google, muat turun aplikasi GSpace melalui AppGallery kemudian buka aplikasi yang ingin digunakan seperti Google Classroom, Youtube dan Instagram.

Selepas itu, log masuk ke akaun Google dan muat turun aplikasi tersebut dengan lebih mudah dan pantas.

HUAWEI pasti ada yang sesuai buat anda

Image

Tidak kisah kriteria apa yang diperlukan pada sesebuah tablet, HUAWEI pasti ada model yang memenuhi keperluan anda.

Buat yang mahukan tablet untuk tujuan hiburan, HUAWEI MatePad Pro pastinya cocok untuk anda kerana ia mampu memberikan kenikmatan hiburan mengagumkan dengan OLED berserta lapan pembesar suara.

Sementara itu, MatePad 11 pula bakal memberikan visual lancar dengan kadar penyegaran 120hz.

Manakala MatePad adalah pilihan lebih murah bagi anda yang mahukan tablet untuk digunakan bersama papan kekunci dan pen serta menawarkan versi simkad LTE atau WiFi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tablet HUAWEI, layari http://consumer.huawei.com/my atau laman rasmi Lazada, Shopee dan HUAWEI Store.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 11:08 AM