Swift Go 14 Special Edition.
Swift Go 14 Special Edition.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Jenama laptop terkemuka, Acer melancarkan 'Acer Day 2023' dengan pengenalan perkakas pada tanda harga yang lebih kompetatif.

  Pada masa sama, Acer turut memperkenalkan generasi baharu laptop daripada Acer Swift Go 14 Special Edition yang dikuasakan dengan cip pemproses Intel Core i5 serta i7 mengikut pilihan variasi.

  Presiden Operasi Serantau Pan-Asia Pasifik Acer, Andrew Hou berkata, sebagai jenama yang bertujuan untuk memecahkan halangan antara pengguna dan teknologi, Acer komited untuk menyediakan individu dengan perkakas yang mereka perlukan untuk mencapai matlamat mereka dengan lebih baik.

  "Melalui sambutan tahun ini, Acer berharap dapat mempamerkan cara inovasi kami terus meningkatkan pengalaman pengguna dan membuka peluang untuk hasil yang lebih baik," katanya.

  Sepanjang kempen berkenaan beberapa perkakas khususnya laptop daripada pelbagai generasi akan ditawarkan pada tanda harga lebih mampu milik. 

  Menyentuh aspek spesifikasi Acer Swift Go 14 berkenaan, ia menggunakan saiz skrin 14 inci dengan paparan OLED sekali gus menghasilkan tona warna lebih tepat serta sesuai untuk pencipta kandungan.

  Peranti seberat 1.25 kilogram ini sememangnya direka khusus untuk kegunaan produktiviti serta mudah dibawa ke mana saja.

  Acer Swift Go 14 Special Edition ini bermula pada harga RM3,899 dan turut didatangkab dengan Microsoft Office Home dan Student 2021 dengan dia tahun jaminan.

  Kempen Acer Day 2023 bermula pada esok dengan penawaran harga lebih baik bersama-sama dengan baucer bagi pilihan produk tertentu.

 Menerusi Acer Day 2023 itu, peranti Acer Swift Go 14 Special Edition akan menerima pengurangan diskaun sebanyak RM300 manakala untuk siri Predator Helios Neo 16 menawarkan sehingga RM400 diskaun.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2023 @ 1:42 AM