Muhammad Saufi Hassan


Acer Malaysia hari ini memberi nafas baharu kepada dua peranti kelas permainan keluarannya iaitu Predator Helios 300 dan Predator Helios 700 yang masing-masing dipadankan dengan spesifikasi terkini.

Bagi Predator Helios 700, laptop berkenaan didatangkan dengan dua variasi bermula daripada pemproses Intel Core i9 dan Intel Core i7 selain padanan kad grafik Nvidia GeForce RTX 2070 Super serta RTX 2080 Super.

Menyentuh aspek teknikal untuk Predator Helios 700 yang menggunakan kod produk '944E', laptop berkenaan menggunakan pemproses Intel Core i9-10980HK bersama padanan memori (RAM) 16GB dengan frekuensi 2933Mhz struktur binaan DDR4 yang boleh dinaiktaraf sehingga 64GB.

Ia menggunakan kad grafik terbaik di pasaran iaitu RTX 2080 Super dengan skrin seluas 17.3 inci Definisi Penuh (FHD) serta panel paparan IPS dengan sokongan GSYNC.

Sesuai dengan kelas permainan, storan laptop inin menggunakan PCIe NVMe berkapasiti 1TB selain dilengkapi dengan sistem audio DTS X dan Acer TrueHarmony.

Bagi Predator Helios 300 juga didatangkan dengan dua variasi berbeza menggunakan pemproses Intel Core i7 dan Intel Core i5 dan mempunyai padanan kad grafik yang sama iaitu RTX 2060.

Variasi premium untuk Predator Helios 300 menggunakan pemproses Intel Core i7 generasi ke-10 yang dipadankan bersama RAM 8GB termasuk kad grafik RTX 2060.

Selain itu, Acer Malaysia turut menganjurkan 'Acer Day' secara atas talian bermula 2 hingga 4 Ogos ini sekali gus merebut banyak hadiah eksklusif serta tawaran diskaun sehingga 83 peratus.

Syarikat itu menawarkaan hadiah keseluruhan sehingga RM500,000 bagi pelanggan yang membeli produk Acer terpilih dari 1 Ogos hingga 30 September.

Spesifikasi Predator Helios 700 '994E'

Pemproses: Inte Core i9-10980HK

RAM: 16GB - Naiktaraf sokongan sehingga 64GB

Storan: 1TB PCIe NVMe SSD

Skrin: 17.3 inci Definisi Penuh dengan paparan IPS GSYNC

Kad grafik: Nvidia GeForce RTX 2080 Super

Helios 700 (RTX 2080 Super) - RM17,999

Helios 700 (RTX 2070 Super) - RM12,999

Helios 300 (Intel Core i7) - RM5,199

Helios 300 (Intel Core i5) - RM4,599

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2020 @ 5:46 PM