ACER Nitro 5. FOTO Acer
ACER Nitro 5. FOTO Acer
Muhammad Saufi Hassan

 

Kuala Lumpur: Acer memperkenalkan variasi baharu untuk laptop kelas permainan keluarannya iaitu daripada siri Acer Nitro 5 yang dikuasakan dengan pemproses Intel Core generasi kesebelas.

  Menerusi laptop kelas permainan, Acer Nitro 5 diberikan nafas baharu dengan kuasa pemproses Intel Core bersama kod nama 'Tiger Lake H' yang menawarkan prestasi lebih baik.

  Laptop berkenaan juga dipadankam bersama kad grafik baharu keluaran Nvidia GeForce iaitu RTX 3060 serta memberi sokongan memori (RAM) sehingga 16GB DDR4 bersama-sama sistem storan 512GB PCIe NVMe SSD.

  Untuk 'gamers' yang mahukan kapasiti storan lebih banyak, mereka boleh melakukan tambahan dengan slot M.2 kepada 2.5 inci SATA dan laptop ini mampu menyokong RAM sehingga 32GB.

  Bagi skrin skrin pula, Acer Nitro 5 didatangkan dengan 15.6 inci Definisi Penuh (FHD) dengan paparan IPS termasuk kadar segar semula 144Hz sesuai untuk semua genre permainan.

  Ia juga menyokong jaringan Internet tanpa wayar (WiFi) Generasi Keenam termasuk beberapa kefungsian lain seperti NitroSense dan papan kekunci empat zon warna RGB.

  Bagi Acer Nitro 5 dengan pemproses Intel Core i7-11800H dengan RAM 16GB pada harga RM5,699 dan pengguna yang melakukan pembelian variasi laptop ini bermula 5 hingga 9 Julai akan menerima fon telinga tanpa wayar Acer Gateway FAE-i5 Pro bernilai RM239.

  Sempena jualan pertengahan tahun 7.7, Acer menawarkan potongan sehingga 50 peratus untuk produk terpilih menerusi gedung rasminya serta kedai diiktiraf di Shopee dan Lazada.

  Acer Swift 5 yang dikuasakan dengan pemproses Intel Core i7 generasi kesebelas ditawarkan pada harga RM4,499 selepas potongan harga RM300.

  Pengguna juga boleh memilih skrin paparan dengan harga promosi antaranya Acer XV270P, Acer XB273UGX dan beberapa model lain dengan potongan 15 peratus.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 9:11 PM