Muhammad Saufi Hassan

Peminat sekuel permainan Assassin's Creed (AC) pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki lanjutan kandungan daripada siri AC: Valhalla - Dawn of Ragnarok.

Kandungan permainan itu akan dilancarkan pada 10 Mac ini dan ia adalah pek lanjutan yang boleh dibeli secara berasingan dengan judul asas AC:Valhalla.

Bagi pemain yang melakukan pembelian sebelum 9 Mac ini, mereka akan menerima pek khas iaitu 'Twilight Pack' yang mengandungi beberapa barangan termasuk senjata khas.

Menyentuh berhubung kandungan lanjutan berkenaan, watak utama AC:Valhalla iaitu Eivor akan memainkan watak sebagai Odin iaitu Dewa Norse dan berdepan dengan musuh epik seperti Surtr.

Ini adalah kandungan lanjutan utama dalam tahun kedua siri AC:Valhalla berkenaan sekali gus membawa pemain ke dalam senario mitos Vikings.

Sejak siri AC dilancarkan buat pertama kali pada 2007, siri berkenaan sudah dijual lebih 155 juta permainan di seluruh dunia sekali gus diiktiraf sebagai salah satu siri paling popular.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mac 2022 @ 1:16 PM