Muhammad Saufi Hassan

 

 

Kuala Lumpur: Pembangun siri permainan terkemuka, Assassin's Creed (AC) mengumumkan sekuel Valhalla menerima kandungan baharu yang akan dilancarkan pada 12 Ogos ini.

  Kandungan baharu berkenaan, 'The Siege of Paris' adalah lanjutan kepada episod di dalam Musim Ketiga iaitu 'Sigrblot' yang mula dilancarkan pada 29 Julai lalu.

  Pelancaran The Siege of Paris itu adalah kandungan kedua terbesar daripada siri berkenaan sejak ia dilancarkan dan akan membawa pengembaraan baharu oleh karektor utama iaitu Eivor.

  Episod berkenaan akan memberi lebih banyak misi mengujakan untuk pemain di seluruh tanah 'Frankish' bersama-sama dengan pengembaraan mitos pahlawan Viking.

  Bagi pemain yang tidak mempunyai pas musim, mereka boleh melakukan pembelian pada harga RM79 dan merasai pengalaman sebenar sebagai seorang pahlawan Viking.

  Kandungan itu juga akan memberikan dimensi baru kepada permainan seperti peta baharu, ubahsuai peralatan baharu bersa,a-sama dengan token Sigrblot.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Ogos 2021 @ 9:46 PM