Muhammad Saufi Hassan

Kerusi permainan pada hari bukan lagi satu aksesori tambahan malah sudah menjadi keutamaan kepada pengguna yang menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer.

Keupayaan kerusi permainan ini mampu untuk menjaga bentuk postur badan sekali gus mengelakkan ketegangan di bahagian belakang.

Jenama kelas permainan premium, MSI kali ini memperkenalkan variasi baru kerusi permainan mereka daripada model MAG CH120.

Paling menarik, variasi ini adalah edisi khas dengan sulaman judul terbaru Assassin's Creed iaitu Valhalla.

Tenunan tulisan Assassin's Creed Valhalla berkenaan diletakkan di bahagian kusyen sokongan kepala termasuk logo Assassin's Creed di bahagian atasnya.


Kusyen sokongan belakang pula masih mengekalkan logo naga iaitu simbol MSI 'Red Dragon'.

Kerusi berkenaan boleh dibaringkan antara 90 hingga 180 darjah manakala sistem hidraulik menggunakan teknologi injap untuk keselesaan pengguna.

Tempat duduk kerusi permainan ini berkeluasan 122.5 hingga 130 sentimeter (cm) sekali ia sangat sesuai untuk pelbagai saiz pengguna.

MAG CH 120 Valhalla ini menggunakan kerangka besi bersama-sama dengan roda 'caster' untuk ketahanan jangka panjang serta menjamin keselesaan pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 April 2021 @ 10:38 PM