PERMAINAN keluaran Ubisoft, Hyperscape tampil ciri baharugenre Battle Royale.
PERMAINAN keluaran Ubisoft, Hyperscape tampil ciri baharugenre Battle Royale.
Muhammad Saufi Hassan


Menyebut genre permainan 'Pertempuran Beramai-Ramai' (Battle Royale), sudah banyak pembangun permainan memperkenalkan mod berkenaan kerana ia genre paling diterimaumum pada ketika ini.

Ubisoft tidak ketinggalan untuk merancakkan pentas permainan apabila memperkenalkan judul 'Hyper Scape'yang menampilkan konsep 'Battle Royale' (BR) dan lebih menarik ia adalah judul permainan percuma dan sesiapa saja boleh memuat turunnya.

Jika permainan itu dicipta secara percuma, wujud satu persepsi pemain apabila ia bakal dipenuhi dengan penggodam sekali gus keseimbangan permainan akan terganggu memandangkan kelompok ini akan menggunakan pelbagai mod perisian tambahan seperti 'aimbot', 'wallhack', 'anti gravity' dan sebagainya untuk menang dengan mudah.

Namun, Ubisoft sangat terkenal dengan sistem proaktif mereka yang akan melakukan padanan algoritma untuk pemain yang menggunakan mod penggodam sekali gus menyekat akses akaun mereka.

Setakat ini, tiada lagi rungutan daripada pemain berhubung perkara berkenaan dan kebanyakan sedang menikmati judul baharu itu termasuk memahami mekanik permainannya.

Agak malang, penulis tidak menyukai mekanik permainan Hyper Scape yang dirasakan sama seperti judul lain dan lebih utama ia menampilkan senjata fantasi sekali gus 'mematikan selera' penulis untuk mendalaminya.

Ia mungkin rujukan peribadi penulis saja namun kebanyakan pemain menerima judul berkenaan dan konsep yang diketengahkan. Hyper Scape adalah permainan BR yang mengumpulkan 99 pemain dalam setiap satu sesi permainan dan konsep masih sama iaitu kekal untuk hidup sehingga akhir permainan dan mencari persenjataan terbaik untuk kekal bertahan.

Bagaimanapun, Ubisoft menampilkan mekanik berbeza apabila pemain tidak hanya perlu bertahan sehingga kepada individu atau pasukan terakhir sebaliknya sesiapa yang memiliki 'Crown' selama lebih 40 saat.

HYPER Scape tampil konsep ‘Battle Royale’ (BR) namun menggunakan senjata fantasi.
HYPER Scape tampil konsep ‘Battle Royale’ (BR) namun menggunakan senjata fantasi.

Crown berkenaan akan muncul di dalam peta apabila tinggal sejumlah kecil pemain dan sesiapa yang dapat memegang dalam tempoh lebih 40 saat akan dikira pemenang berbeza dengan PlayerUnknowns Battlegrounds (PUBG) atau Apex Legends.

Pemain yang ditembak mati pula tidak sepenuhnya 'mati' jika masih ada rakan sepasukan yang hidup dan pemain berkenaan akan dikenali sebagai 'Echo' atau hantu.

Mereka mampu bergerak keseluruh peta dan memberi maklumat kepada rakan mereka berhubung lokasi pasukan lawan dan ia satu konsep baharu untuk genre BR.

Malah, rakan sepasukan boleh menghidupkan semula dengan mencari lokasi 'Restore Points' dan memberi nyawa kedua kepada rakan sepasukan yang sudah tertewas pada pusingan awal.

Secara keseluruhannya, permainan ini masih menarik untuk dimainkan namun tidak bagi penulis memandangkan rujukan peribadi genre penulis yang kurang minat dengan pertempuran fantasi sebaliknya lebih cenderung kepada realiti senjata moden.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 6:40 AM