PETA ‘Battle Royale’ yang diperkenalkan COD
PETA ‘Battle Royale’ yang diperkenalkan COD
Muhammad Saufi Hassan


PERMAINAN aksi pantas, Call of Duty: Modern Warfare 2019 (COD: MW 2019) bakal memperkenalkan mod ‘Battle Royale’ tidak lama lagi.

Judul permainan itu sangat popular bagi plot kempen untuk mod perseorangan sejak ia diperkenalkan lebih sedekad lalu sebelum melakukan kemunculan semula awal tahun ini.

Bagaimanapun, masih tidak jelas tempoh pengenalan mod baharu berkenaan namun COD: MW sudah bersedia untuk menambah kandungan permainan mereka dengan mod permainan kesukaan ramai iaitu Battle Royale.

Mekanisme mod berkenaan juga tidak jelas namun apa yang pasti adalah menggunakan jumlah pemain yang ramai untuk satu peta permainan dan konsep pencarian senjata digunakan sama seperti genre Battle Royale yang lain.

Berdasarkan pendedahan seorang pengendali saluran YouTube menyatakan bahawa pembangun permainan berkenaan akan melancarkan kemas kini baharu untuk memasukkan mod permainan mereka tidak lama lagi.

Untuk mod Battle Royale COD: MW akan menggunakan 200 pemain satu-satu masa manakala pemain boleh dihidupkan semula di mana-mana lokasi menggunakan ‘respawn token’.

Namun, token berkenaan boleh digunakan sekali saja untuk sepanjang permainan dan ia dipercayai untuk memberi kelainan dalam mod berkenaan berbanding judul lain.

Sehingga kini, penerbit permaainan itu, Activision dan Infinity Ward masih tidak mendedahkan butiran lanjut dan besar kemungkinan mereka sedang giat membangunkan mod terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 5:18 PM