CANON EOS R.
CANON EOS R.
Afiq Hanif

Canon melancarkan kamera ‘mirrorless’ EOS R yang ringan bersama fungsi model DSLR memberikan pengguna fleksibiliti yang dipertingkatkan dan teknologi pengimejan canggih untuk terus meneroka kreativiti.

Berdasarkan teknologi sistem RF mount yang menjadi teras kepada kamera EOS R, ia berdiameter 54mm dan jarak ‘flange focal’ 20mm yang menawarkan keupayaan lebih baik dalam penghasilan lensa lain.

EOS R juga kamera pertama dengan sambungan 12 pin yang menawarkan sistem komunikasi pantas di antara lensa dan kamera untuk membolehkan fokus, zum dan penetapan apertur lebih baik demi mendapatkan kualiti imej luar biasa.

CANON EOS R

• HARGA: RM9,888 (badan saja), RM14,688 (badan + 24-105mm)

• DIMENSI: Sekitar 135.8x98.3x84.4mm

• BERAT: 660g

• SENSOR IMEJ: 30.3MP CMOS sensor

• PEMPROSESAN IMEJ: DIGIC 8

• KELAJUAN ISO: 100-12800 boleh ditambah sehingga (L: 50), (H1: 51200), (H2: 102400)

• KELAJUAN RAKAMAN BERTERUSAN: Sekitar 8fps (One-Shot AF), 5fps (Servo AF)

• KUALITI MAKSIMUM VIDEO: 4K 30p

• AF: 5655 available AF point positions1 Maksimum. 143 / 99 poin (Bertukar secara automatik bergantung kepada lensa) 2

• WI-FI / BLUETOOTH: Ya

• LCD: 3.15” (kira-kira. 2.1 juta titik) panel sentuh Vari-angle

• BATERI: LP-E6N / LP-E6

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 September 2018 @ 1:18 PM