Acer memperkenalkan dua gajet game bulan ini termasuk satu tablet Predator 8 dan laptop Predator 15 serta 17 berkuasa tinggi yang mudah dibawa ke mana saja.

Tablet Predator 8 antara yang mencuri tumpuan dengan paparan 8 inci bersama resolusi 1200 x 1920 piksel pada kepadatan 283ppi.

Ia datang dengan empat pembesar suara Predator Quadio selain beroperasi pada Intel Atom x7 quad core 2.4GHz.

Manakala laptop Predator 15 dan 17 pula yang hanya dibezakan de­ngan saiz itu mempunyai pilihan panel HD Penuh atau paparan jenis 4K (3840 x 2160) Ultra HD yang di­upayakan grafik NVIDIA GeForce GTX980M.

Menggunakaan memori 64GB DDR4 dan pemprosesan Intel Core i7-6700HQ, laptop yang beroperasi pada Windows 7 ini turut didatangkan dengan SSD 512GB.

Sistem penyejukan Cooling Master pula memboleh­kan anda bermain lama tanpa risau laptop cepat panas manakala satu lagi ciri diperkenalkan iaitu Killer Double­Shot Pro membolehkan sambungan ethernet dan WiFi ber­operasi tanpa masalah dan silih berganti bergantung kepada kekuatan isyarat.

SPESIFIKASI:

ACER PREDATOR 8

Harga: Anggaran RM1,200

OS: Android 5.1 Lollipop

Dimensi: 218 x 127 x 8.7mm

Berat: 350g

Skrin: 8 inci

Kamera: 5MP, 2MP (depan)

Pemprosesan: Intel Atom x7 2.4GHz

Grafik: Intel HD

RAM: 2GB

Memori: 64GB, slot kad mikroSD

ACER PREDATOR 15 & 17

Harga: Tidak diperoleh

Saiz: 15.6 inci dan 17.3 inci

Pemprosesan: Intel Haswell Core i7-6700HQ atau Core i5-6300HQ

Set cip: Intel HM170

Grafik: Integrated Intel HD 530 + Nvidia GeForce GTX 970M 3GB atau GTX 980M 4GB

Memori: Sehingga 64GB DDR3/DDR4

Setoran: 1x M.2 PCIe Gen3 + 1 2.5? SATA bay

Slot: 4 x USB3.0, HDMI, DisplayPort 1.2, USB 3.1 (Thunderbolt 3), RJ45, mic, earphone, SD card reader, Optical drive

Bateri: 8 sel Wh 6000mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2015 @ 4:48 AM