Sebuah laptop baru yang dikeluarkan Samsung, Odyssey bakal menemui kaki game dengan prestasi tinggi bersama dua model pilihan berpaparan 17.3 inci dan 15.6 inci.

Sesuai untuk permainan tanpa henti dengan teknologi seperti HexaFlow Vent yang menyejukkan laptop, Odyssey datang dengan kuasa pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-7 (Quad Core 45W) dan skrin yang cukup cerah.

Rekaan papan kekunci pula menepati ciri ergonomik bersama butang lengkung jenis volcano 0.5mm dan butang WASD yang bercahaya.

SPESIFIKASI:

SAMSUNG ODYSSEY

Harga: tidak diperoleh

Skrin: 17.3 inci / 15.6 inci HD penuh 1920 x 1080

Pemprosesan: Intel Core i7 generasi ke-7 (Quad Core 45W)

Memori: 64GB (DDR4, 4 SODIMM, Single Memory Door) / 32GB (DDR4, 2 SODIMM, Single Memory Door)

Storan: 512GB PCIE SSD + 1TB HDD | Dual SSD + HDD / 256GB PCIE SSD + 1TB HDD | SSD + HDD

Grafik: NVIDIA GTX1050 (40W Full PERFORMANCE) GDDR5 4GB/2GB (15.6 inci)

Bateri: 93Wh / 43Wh

Berat: 3.79kg / 2.53kg

Port: Type-C (Thunderbolt3) | USB 3.0 (4EA) | HDMI | LAN | 3-in1 | HP | MIC / USB 3.0 (1EA) | USB 2.0 (2EA) | HDMI | LAN | 3-in1 | HP & Mic Combo

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 5:03 AM