Afiq Hanif

Acer memperkenalkan tiga laptop Chromebook termasuk Chromebook 11 N7, Chromebook R11 dan Chromebook 14 yang dua daripadanya (N7 serta 14) mempunyai standard tentera apabila direka tahan lasak.

Model Chromebook 11 N7 dan Chromebook 14 dilengkapi piawaian ketenteraan MIL-STD 810G bermakna ia mempunyai papan kekunci kalis cecair 330ml dan berupaya menahan beban sehingga 60kg.

Manakala Chromebook R11 memiliki paparan yang boleh dipusing 360 darjah sekali gus menukarnya menjadi tablet jika diperlukan dengan skrin terbabit sudah pasti boleh disentuh untuk operasi perkomputeran.

Sesuai dengan namanya, ketiga-tiganya menggunakan sistem operasi Chrome OS yang memudahkan pengguna terutama untuk kesinambungan sekiranya anda pemakai telefon Android yang mahu ‘sync’ data secara lancar di laptop.

Chromebook 11 N7 dan Chromebook R11 masing-masing menggunakan CPU jenis Intel Celeron N3060 dan N3160 namun dengan harga yang jauh lebih murah, ia memadai untuk kerja biasa dengan kelebihan tahan lasak.

Kedua-duanya mempunyai saiz skrin 11.6 inci jenis HD.

Manakala Chromebook 14 mempunyai daya tahan bateri sehingga 12 jam bersama skrin 14 inci jenis HD.

SPESIFIKASI:

ACER CHROMEBOOK 11 N7

Harga: RM999 / RM1,099

Model: C371-C7UZ / C731-C32C

OS: Chrome OS

CPU: Intel Celeron N3060

RAM: 2GB (C371-C7UZ) / 4GB (C731-C32C)

Paparan: 11.6 inci HD

Grafik: Intel HD Graphics

Storan: 16GB

Ciri: WiFi 802.11ac, kamera web Acer Crystal Eye HD

Berat: 1.35kg

Bateri: Sehingga

12 jam

Sambungan: USB 3.0, HDMI, fon telinga

ACER CHROMEBOOK 14

Harga: RM2,299

Model: CP5-471-57V9

OS: Chrome OS

CPU: Intel Core i5-6200U

RAM: 8GB

Paparan: 14 inci HD

Grafik: Intel HD Graphics

Storan: 32GB

Ciri: WiFi 802.11ac, kamera web Acer Crystal Eye HD

Berat: 1.45kg

Bateri: Sehingga 12 jam

Sambungan: USB 3.0, HDMI, USB-C, fon telinga

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 10:54 AM
ACER guna Chrome OS cipta kelainan.
ACER guna Chrome OS cipta kelainan.