MENJAMAH ulam pegaga sebagai diet harian dikatakan petua awet muda paling mudah dan murah.
MENJAMAH ulam pegaga sebagai diet harian dikatakan petua awet muda paling mudah dan murah.
HM Digital


RANTAU Asia kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba dan ulam yang bermanfaat untuk kesihatan serta kesejahteraan manusia.

Di negara kita, kemasyhuran rahsia alam ini diketahui ramai sejak ratusan tahun lalu, berikutan digunakan dalam perubatan purba dan Melayu dahulu kala.

Malah, kebanyakan tumbuhan herba dan ulam boleh ditanam di kawasan rumah secara organik serta bebas daripada bahan kimia.

Sejenis herba daun hijau berbentuk kipas, pegaga biasa digunakan di Jepun, India, China dan Indonesia. Contohnya di India, pegaga sering digunakan dalam perubatan ayurveda untuk merawat penyakit saraf, membantu merangsang otak kanak-kanak dan dewasa selain dijadikan ubat untuk masalah mata.

Selain kaya manfaat untuk tubuh jika diamalkan, menjamah ulam pegaga sebagai diet harian dikatakan petua awet muda paling mudah dan murah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2019 @ 6:00 AM