KEKAL ramping menerusi penjagaan makanan.
KEKAL ramping menerusi penjagaan makanan.
Siti Zarinah Sahib


TANPA teknologi dalam bidang kecantikan, masyarakat terdahulu mengetahui kebaikan sesuatu tumbuhan dan mengamalkannya. Selain sebagai pemakanan harian, ulam-ulaman juga boleh dijadikan jus dan produk luaran untuk mencantikkan wajah. Antara ulam paling popular adalah pegaga yang diakui memiliki banyak kebaikan.

Pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica dikatakan mampu merawat kerosakan kulit dan meningkatkan peredaran darah, sekali gus membuatkan wajah lebih berseri dan segar.

Selain Malaysia, herba berdaun hijau berbentuk kipas ini biasa terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia. Malah, ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya sehingga ia dikomersialkan menjadi produk kecantikan dan makanan tambahan.

Bagi pengasas Beyond3 Wealthy Health Beauty Shielawatie Ahmad, dia mula menyedari kebaikan pegaga selepas mengamalkannya sejak berusia belasan tahun. Ketika itu, ibu sangat meminati ulam dan sayuran hijau terutama pegaga. Oleh kerana ia sangat mudah diperoleh di pasar membuatkan tumbuhan herba ini dijadikan makanan harian mereka sekeluarga.

“Dulu saya sering melihat ibu mengambil pegaga sama ada dimakan mentah atau dibuat jus. Lama-kelamaan saya turut mencuba walaupun rasanya pahit, namun melihat ibu yang makan secara konsisten membuatkan saya turut mengamalkannya,” katanya.

Apabila sudah berkahwin Shielawati turut merasakan perubahan diri yang lebih bertenaga. Malah, kulitnya tidak berhadapan sebarang masalah.

SHIELAWATI (tengah ) hadir ketika sidang media pelancaran Placell baru-baru ini bersama Ketua Pegawai Operasi Beyond3 Wealthy Health Beauty Roslina Hussaon (kiri) dan Pengurus Beyond3 Wealthy Health Beauty Jamal Mohd Termizi Ahmad.
SHIELAWATI (tengah ) hadir ketika sidang media pelancaran Placell baru-baru ini bersama Ketua Pegawai Operasi Beyond3 Wealthy Health Beauty Roslina Hussaon (kiri) dan Pengurus Beyond3 Wealthy Health Beauty Jamal Mohd Termizi Ahmad.

Selepas mendirikan rumah tangga dan melahirkan anak, Shielawati menjadikan pegaga sebagai makanan berpantang setiap hari. Hasilnya luka cepat sembuh dan tubuh lebih cergas.

“Ketika berpantang pegaga menjadi makanan utama saya. Walaupun ada sesetengah sayuran tidak boleh dimakan tetapi pegaga sesuai untuk ibu dalam pantang dan ia juga dapat memperbanyakkan susu badan. Kulit juga tidak kering dan kelihatan lembap,” katanya yang memiliki dua cahaya mata.

“Selepas berpindah dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur, dia merasakan ramai wanita inginkan khasiat pegaga namun sukar memperolehnya. Berbeza mereka yang tinggal di kampung apabila tumbuhan ini boleh ditanam di kawasan rumah.

“Jadi saya tekad untuk menghasilkan produk mengandungi pegaga di dalamnya. Alhamdulillah ia dapat direalisasikan menerusi makanan tambahan jenama Placell mengandungi pegaga dan bunga lotus,” katanya.

Di Jepun bunga lotus sudah meluas digunakan dalam produk kecantikan mereka disebabkan kebaikannya. Namun di Malaysia ia masih kurang dikenali.

“Jadi saya mula terfikir membawakan produk makanan tambahan dengan bahan lotus sebagai kebaikan untuk kulit dan tubuh. Alhamdulillah ia terlaksana apabila Placell kini berada di pasaran,” katanya.

Selain menjaga pemakanan, wanita ini turut memastikan pengambilan air kosong dua liter sehari agar segala toksin dapat dinyahkan daripada badan. Ini sangat penting disebabkan dia percaya kepada pengambilan makanan tambahan yang dapat membantu tubuh agar lebih cergas dan sihat.

“Sebagai wanita aktif dan sentiasa bertemu pelanggan setiap hari, saya perlu memastikan tubuh kekal sihat. Pengambilan makanan tambahan membantu bukan sahaja untuk kekal cergas tetapi kelihatan awet muda,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2019 @ 7:00 AM