Raja Britain, Raja Charles III. - FOTO AFP
Raja Britain, Raja Charles III. - FOTO AFP
Bernama-Anadolu

London: Raja Britain, Raja Charles III akan menjalani "prosedur pembetulan" di sebuah hospital pada minggu depan kerana masalah pembesaran prostat.

"Seperti ribuan lelaki setiap tahun, Raja Charles III telah mendapatkan rawatan untuk prostat yang membesar," menurut kenyataan Istana Buckingham pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut kenyataan itu masalah kesihatan yang dihadapi Raja Britain berusia 75 tahun itu adalah 'tidak berbahaya'.

"Janji temu Raja akan ditangguhkan untuk tempoh singkat pemulihan," menurut kenyataan itu.

Raja Charles III menaiki takhta pada 8 Sept 2022, berikutan kemangkatan bondanya Ratu Elizabeth II.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2024 @ 6:04 PM