KEBAKARAN hutan terus berlaku di Greece. Ini termasuk kebakaran di Chasia (gambar) di pinggir Athens. FOTO AFP
KEBAKARAN hutan terus berlaku di Greece. Ini termasuk kebakaran di Chasia (gambar) di pinggir Athens. FOTO AFP
BERNAMA

Athens: Lapan belas mayat rentung yang dipercayai terdiri daripada pendatang ditemukan di taman negara Dadia, Greece, kata seorang jurucakap perkhidmatan bomba pada Selasa.

Giannis Artopoios berkata" "memandangkan tiada yang dilaporkan hilang, kami mengandaikan mereka adalah pendatang tanpa izin."

Kebakaran marak di kawasan timur laut Greece selama beberapa hari, serta di beberapa bahagian lain di negara itu, lapor Agensi Berita dpa.

Pendatang yang memasuki Greece dari Turkiye melalui sungai di sempadan Evros, sering ditemukan bersembunyi di kawasan hutan Dadia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2023 @ 8:10 AM