FOTO menunjukkan kerosakan bahagian dalam sebuah kafe di Kharkiv. FOTO AFP
FOTO menunjukkan kerosakan bahagian dalam sebuah kafe di Kharkiv. FOTO AFP
AFP

Kyiv: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merekodkan hampir 230 kematian orang awam di Ukraine, termasuk 15 kanak-kanak, setakat Rabu, susulan pencerobohan berskala penuh Rusia.

Jumlah sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR), sebanyak 752 mangsa membabitkan orang awam dicatatkan di Ukraine.

Beliau berkata, ia termasuk 227 individu yang terbunuh, manakala 525 lagi cedera sejak 24 Februari.

"OHCHR percaya bahawa angka sebenar adalah jauh lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

Itu hakikatnya terutamanya di wilayah yang dikawal oleh kerajaan Ukraine, katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa penerimaan maklumat dari beberapa lokasi di mana permusuhan intensif ditangguhkan dan banyak laporan masih menunggu pengesahan.

Agensi PBB itu berkata, kebanyakan mangsa cedera dan maut disebabkan oleh penggunaan senjata letupan dengan kawasan impak yang luas, termasuk tembakan dari artileri berat dan sistem roket pelbagai pelancaran, dan serangan udara.

Ia menegaskan bahawa jumlah mangsa maut adalah lebih daripada jumlah korban awam yang direkodkan oleh OHCHR di zon konflik timur Ukraine antara 2012 hingga 2018.

Jumlah itu juga lebih dua kali ganda daripada 102 kematian yang dilaporkan oleh Ketua Hak Asasi PBB Michelle Bachelet, pada Isnin.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Ukraine, pada Ahad, melaporkan 352 kematian orang awam, manakala 16 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia, pada Selasa.

Berdasarkan data PBB, mangsa yang terbunuh itu terdiri daripada 31 lelaki, 25 wanita, enam kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Selain itu, enam kanak-kanak dan 156 orang dewasa yang tidak diketahui jantinanya juga sudah meninggal dunia, kata OHCHR.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2022 @ 10:54 AM