Kad pengenalan banduan China.
Kad pengenalan banduan China.
Agensi

London: Sehelai baju kot yang dibeli dari satu kedai pakaian di United Kingdom (UK) didatangkan bersama kad pengenalan banduan China.

Pakaian itu menggunakan jenama Brave Soul dimiliki oleh firma fesyen berpangkalan di Manchester, Whispering Smith.

Syarikat itu menggunakan khidmat pengeluar di China memandangkan kos gaji pekerja yang rendah di negara itu.

Baju kot itu dijual pada harga 49.99 pound sterling (RM280) menerusi platform dalam talian, My Shoe Store.

Pembeli itu adalah seorang wanita berusia 24 tahun dari Norway.

"Ini mungkin maklumat yang mahu disampaikan oleh banduan itu kerana berlakunya perhambaan tenaga buruh.

"Saya bekerja di hospital dan memastikan setiap individu menikmati kehidupan yang baik," katanya.

Kot berkenaan.
Kot berkenaan.

Jurucakap Pengampunan Antarabangsa berkata, syarikat itu mempunyai tanggungjawab untuk menghormati hak asasi manusia ketika beroperasi di China, atau di mana saja lokasi seluruh dunia.

"Kunci kepada perkara ini menghormati hak asasi manusia demi mengelakkan memberi kesan negatif kepada hak manusia melalui kerja, hubungan perniagaan dan rantaian nilai.

"Kami juga akan menggesa kerajaan UK untuk mempertimbangkan mewajibkan syarikat nasional yang beroperasi di luar negara menghormati hak asasi manusia," katanya.

Kempen Di Sebalik Jenama menyeru produk berjenama supaya memastikan tidak dicemari dengan perhambaan tenaga kerja.

Whispering Smith bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Disember 2021 @ 6:40 AM