THOMAS kini bernama Celine Dion.
THOMAS kini bernama Celine Dion.
Agensi

London: Hanya kerana obses terhadap penyanyi pujaannya, seorang lelaki di United Kingdom nekad menukar namanya kepada Celine Dion.

Thomas Dodd, 30, pengurus hospitaliti dari Tamworth, Staffordshire menukar namanya kepada bintang terkenal itu ketika asyik menonton pertunjukan konsertnya di Las Vegas menerusi YouTube sepanjang cuti Krismas lalu.

Katanya, dia tidak ingat apa yang berlaku pada malam itu namun mengakui mabuk sambil menonton konsert terbabit.

"Saya peminat fanatik Celine Dion dan memang merancang bertemu dengannya di Las Vegas, namun tidak dapat kerana Covid-19.

"Oleh itu, saya melayan konsertnya menerusi YouTube. Tetapi saya tidak sedar apa membuatkan saya menukar nama kepada namanya.

"Saya tak ingat apa yang berlaku malam itu cuma saya tahu saya menonton konsertnya," katanya dalam portal Metro.co.

Menurutnya, Rabu lalu dia terperanjat selepas menerima sampul surat rasmi berwarna putih mengandungi sijil pendaftaran nama.

"Ketika saya membaca surat itu saya terkedu dan terduduk di dapur.

"Rasa tak percaya saya buat macam ini (tukar nama).

"Ibu saya yang pada mulanya tidak berapa setuju, kini menganggap kejadian penukaran nama ini sesuatu yang melucukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 6:10 AM