TIMBALAN Ketua Misi untuk kedutaan Israel di Belanda, Yaron Wax (kiri), peguam Britain dan anggota pasukan undang-undang Israel, Malcom Shaw KC serta anggota pasukan undang-undang Israel Avigail Frisch Ben Avraham menghadiri perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). FOTO AFP
TIMBALAN Ketua Misi untuk kedutaan Israel di Belanda, Yaron Wax (kiri), peguam Britain dan anggota pasukan undang-undang Israel, Malcom Shaw KC serta anggota pasukan undang-undang Israel Avigail Frisch Ben Avraham menghadiri perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). FOTO AFP
Reuters

Baitulmaqdis: Menteri Israel menolak keputusan Jumaat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memerintahkan Israel untuk menghentikan operasi ketenteraannya di bandar Gaza selatan, Rafah, dengan berjanji untuk terus berperang untuk membebaskan tawanan dan mengalahkan Hamas.

Keputusan Mahkamah Dunia pada Jumaat itu adalah langkah terbaharu dalam siri langkah dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang meningkatkan pengasingan antarabangsa Israel berhubung perang di Gaza, yang sudah membunuh lebih 35,000 rakyat Palestin, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menolak dakwaan dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan bahawa Israel sedang melakukan genosida di Gaza sebagai 'palsu, mengejutkan, dan menjijikkan dari segi moral'.

"Israel bertindak berdasarkan haknya untuk mempertahankan wilayah dan warganya, selaras dengan nilai-nilai moralnya dan mematuhi undang-undang antarabangsa," kata kenyataan itu.

Ia berkata operasi di Rafah tidak akan dilakukan dengan cara yang 'boleh menimbulkan keadaan kehidupan penduduk awam Palestin di Gaza yang boleh membawa kepada kehancuran fizikalnya sepenuhnya atau sebahagian'.

Peperangan itu, yang dicetuskan susulan serangan dilakukan Hamas ke atas komuniti di sekitar Semenanjung Gaza pada 7 Oktober tahun lalu menyebabkan jurang yang semakin meluas antara Israel dan kebanyakan negara lain di dunia serta ketegangan serius antara kerajaan Netanyahu dan sekutu terdekatnya, termasuk Amerika Syarikat.

Rafah, berhampiran sempadan dengan Mesir, membawa masuk lebih daripada sejuta rakyat Palestin yang dipindahkan dari rumah mereka akibat serangan darat Israel.

Arahan pemindahan dikeluarkan oleh tentera awal bulan ini menyebabkan ratusan ribu untuk mencari perlindungan di kem di tengah Gaza.

Di luar Israel, terdapat kejutan melihat imej televisyen yang mengerikan mengenai penderitaan di runtuhan Gaza, yang mana agensi bantuan, yang bergelut untuk mendapatkan bekalan kecemasan yang mencukupi, melaporkan krisis kemanusiaan yang semakin meningkat.

Bagi warga Israel, serangan dahsyat oleh lelaki bersenjata pimpinan Hamas yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang adalah hari paling dahsyat dalam sejarah Israel, kekal sebagai parut traumatik, diburukkan lagi dengan nasib kira-kira 250 tentera yang ditahan dan dibawa ke Gaza.

"Kenyataan mereka sedang berbincang mengenai perkara ini sejujurnya agak melucukan.

"Saya fikir kita ada wanita, wanita muda, lelaki, warga emas yang menjadi tebusan.

"Tidak masuk akal bagi negara yang cuba mempertahankan dan melindungi rakyatnya untuk tidak membawa mereka pulang ke tanah air," kata Adi Levanon, 39 tahun, yang bekerja dalam pelaburan permulaan di Tel Aviv.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2024 @ 11:47 AM