PEMPENGARUH dan YouTuber India, Elvish Yadav. FOTO Agensi
PEMPENGARUH dan YouTuber India, Elvish Yadav. FOTO Agensi
Agensi

New Delhi: Pempengaruh dan YouTuber India, Elvish Yadav ditahan kerana didakwa membekalkan racun ular untuk digunakan sebagai dadah rekreasi di sebuah parti.

Portal sky news memetik NDTV melaporkan, Yadav yang mempunyai 15 juta pengikut di YouTube itu ditahan di bawah Akta Hidupan Liar.

Sebuah parti yang dihadirinya pada November tahun lalu diserbu kerana disyaki menggunakan racun ular sebagai dadah oleh pengunjung parti.

Polis menjalankan siasatan dan menyoal siasat lima individu kerana disyaki terbabit dalam penyeludupan ular, yang menamakan Yadav sebagai penganjur parti serta pembekal racun ular.

Bagaimanapun, Yadav, yang juga pemenang program Big Brother versi India (Bigg Boss OTT) menafikan semua pertuduhan terhadapnya, lapor NDTV.

Yodav memberitahu dia akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan polis.

Dalam serbuan itu, polis menemui sembilan ekor ular termasuk ular tedung bersama 20 militer (ml) racun ular.

Sementara itu, Times of India melaporkan Yadav direman selama 14 hari dalam tahanan kehakiman, empat bulan selepas disoal siasat.

Kes itu terbongkar selepas aduan oleh pertubuhan kebajikan haiwan People For Animals yang mendakwa Yadav dan yang lain merakam video dengan ular dan racun ular, menurut India Today.

Menurut kertas penyelidikan 2022 dalam Journal of Forensic and Legal Medicine, terdapat kebimbangan mengenai penggunaan racun ular sebagai ubat.

"Penggunaan racun ular selalunya boleh dilihat di pesta rave," kata kajian itu sambil menyatakan 13 kes racun ular digunakan sebagai bahan rekreasi di India.

Keterangan Gambar:

slug: Yadav

PEMPENGARUH dan YouTuber India, Elvish Yadav. FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2024 @ 2:01 PM