TANGKAP layar daripada video penyiar CCTV menunjukkan pelancong dihanyutkan air selepas sungai bandar Yaan melimpah.
TANGKAP layar daripada video penyiar CCTV menunjukkan pelancong dihanyutkan air selepas sungai bandar Yaan melimpah.
BERNAMA

Beijing: Tujuh orang maut akibat limpahan sungai secara mengejut di bandar Yaan di wilayah Sichuan, barat daya China, Sputnik memetik laporan China Central Television pada Rabu.

Lebih 12 orang pelancong sedang mengambil gambar di hadapan sungai sebelum ia tiba-tiba melimpah dan menghanyutkan orang ramai, lapor penyiar itu, sambil menambah empat mangsa berjaya diselamatkan.

Biro keselamatan awam tempatan dan bomba meneruskan operasi mencari dan menyelamat, kata laporan itu lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Ogos 2023 @ 8:41 AM