BIELSA pada sidang media menjelang perlawanan menentang Colombia. -FOTO AFP
BIELSA pada sidang media menjelang perlawanan menentang Colombia. -FOTO AFP
Reuters

Charlotte: Uruguay akan berdepan lawan paling sengit mereka Colombia, kata jurulatih Marcelo Bielsa menjelang aksi separuh akhir Copa America esok menentang pasukan yang tidak tewas dalam 27 perlawanan.

Pasukan Bielsa akan beraksi di Stadium Bank of America selepas melakar kemenangan menerusi penentuan penalti ke atas juara dunia lima kali, Brazil.

Namun lawan mereka, Colombia adalah pasukan yang kebal dan kali terakhir mereka tewas adalah pada 2022 kepada Argentina, namun pasukan yang diketuai oleh James Rodriguez kembali ke puncak apabila membelasah Panama 5-0 pada suku akhir.

"(Colombia) adalah pencabar yang kuat mereka melakar keputusan positif dan perkara itu diakui di antara pasukan dan pengurus.

"Sudah tentu, selepas bermain menentang Brazil ia juga dilihat sebagai perlawanan yang mencabar dan begitu juga Colombia.

"Mereka mempunyai pasukan yang mempunyai pemain yang kuat, sistem permainan hebat dan kerjasama sepasukan yang cukup baik," kata Bielsa.

Bekas pengurus Leeds United itu, berkata dia tidak mempunyai 'pelan B' untuk mengekang serangan Colombia yang sudah meledak 11 gol sepanjang kejohanan kali ini.

"Anda bayangkan permainan untuk menghalang lawan daripada menyerang dan cuba menyerang," katanya.

"Anda bertanya mengenai pelan B, tetapi tidak ada pelan B. Kami perlu melakukan yang terbaik.

"Realitinya adalah anda tidak boleh meramalkan, tetapi cuba melakukan apa yang paling sesuai dengan jenis permainan yang anda mainkan dengan terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2024 @ 9:34 AM