INSIDEN seorang pengawal keselamatan yang tergelincir lalu terkena kaki Morata. -FOTO PA
INSIDEN seorang pengawal keselamatan yang tergelincir lalu terkena kaki Morata. -FOTO PA

Munich: Seorang anggota pasukan keselamatan Sepanyol secara tidak sengaja mencederakan Alvaro Morata ketika pasukan itu meraikan kejayaan mereka mara ke final Euro.

Ia berlaku selepas penceroboh berlari memasuki ke padang untuk cuba menyertai sambutan pasukan Sepanyol selepas mereka menewaskan Perancis 2-1 di separuh akhir.

Seorang anggota keselamatan pasukan bergerak untuk menghalang penceroboh itu namun dia tergelincir lalu kakinya menerjah penyerang Chelsea itu.

Sentuhan itu kelihatan kasar dengan kaki Morata kelihatan tersangkut di rumput.

Morata kelihatan berada dalam kesakitan selepas insiden itu dan dia dilihat berjalan terhencut-hencut di atas padang untuk menyertai rakan sepasukannya meraikan kejayaan mereka.

Kini timbul kebimbangan sama ada kapten Sepanyol itu akan terlepas perlawanan akhir pada hari Isnin ini di mana mereka akan menentang England atau Belanda.

Pengurus Sepanyol Luis de la Fuente berkata selepas perlawanan: "Kami akan menunggu sehingga esok.

"Kami tidak fikir ia serius. Kakinya sakit tetapi kami berharap dia akan baik-baik saja."

Morata mengetuai pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas Perancis, yang menyaksikan Lamine Yamal mencipta sejarah.

Rembatan Yamal dari jarak 25 ela menyamakan kedudukan Sepanyol selepas Perancis mendahului.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2024 @ 10:25 AM