SHERICKA terpaksa berhenti daripada meneruskan saingan dalam acara 200m selepas mengalami kecederaan ketika saingan berlangsung. -FOTO AFP
SHERICKA terpaksa berhenti daripada meneruskan saingan dalam acara 200m selepas mengalami kecederaan ketika saingan berlangsung. -FOTO AFP
AFP

Paris: Juara dunia dua kali dalam acara 200 meter (m) Shericka Jackson terpaksa menarik diri ketika beraksi dalam perlumbaan di Hungary kerana mengalami kecederaan, kurang tiga minggu sebelum temasya Olimpik Paris bermula.

Atlet Jamaica itu mendahului saingan ketika perlumbaan menuju ke 100m terakhir sebelum rentaknya semakin perlahan sehingga terpaksa berjalan melintas garisan penamat.

Perlumbaan itu dimenangi oleh Julien Alfred dari Saint Lucia.

Shericka, 29, memiliki catatan kedua terpantas acara itu turut memenangi perak dalam acara 100m di kejohanan dunia tahun lalu.

Rakan senegaranya, Elaine Thompson-Herah, yang merangkul kejayaan berganda apabila meraih emas dalam acara 100 dan 200m di Olimpik 2016 dan Olimpik 2020, diketepikan daripada Paris 2024 selepas gagal pulih daripada kecederaan achilles.

Masa terbaik Shericka dalam acara 200m adalah 21.41s yang direkodkan ketika dia memenangi emas di Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary tahun lalu.

Dia semakin hampir untuk memecahkan rekod yang dipegang oleh Florence Griffith Joyner, yang mencatatkan 21.34 di temasya Olimpik Seoul pada 1988.

Shericka yang berusia 30 tahun minggu depan, juga dijangka memberi saingan Amerika Sha'Carri Richardson cabaran dalam 100.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2024 @ 10:40 AM