GHOLAMREZA Ardeshiri tidak makan dan hanya minum air berkarbonat sejak 2006. FOTO Agensi
GHOLAMREZA Ardeshiri tidak makan dan hanya minum air berkarbonat sejak 2006. FOTO Agensi
Agensi

Tehran: Uniknya seorang lelaki di Iran kerana tidak mengambil makanan sejak 2006 dan hanya bergantung pada minuman berkarbonat untuk mendapatkan tenaga.

Oddity Central melaporkan, Gholamreza Ardeshiri yang berusia 58 tahun memberitahu dia jadi mual setiap kali melihat makanan.

Semuanya bermula pada satu malam pada 2006 apabila dia bangun dengan perasaan aneh di mulutnya dan ia kekal walaupun sudah ramai doktor ditemui.

Akhirnya, Ardheshiri memutuskan untuk terus menjauhi makanan.

Rutin harian Ardeshiri adalah minum tiga botol besar air bikarbonat setiap hari dan mengakui dia tidak pernah berasa lapar.

Keluarga Ardheshiri pula tidak makan di hadapannya kerana melihat mereka menjamu selera boleh membuatkannya sakit.

"Saya ada perasaan aneh kerana berasa objek seperti permulaan rambut di dalam mulut manakala hujungnya dalam perut malah tidak kira apa yang saya lakukan, tidak mungkin untuk keluarkan rambut itu.

"Rambut itu seakan-akan tersekat di kerongkong dan berasa seperti sesak nafas. Ia sangat ketat sehingga saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tak dapat menggambarkannya, tetapi ia gila," katanya.

Setiap orang mengesyorkan doktor yang berbeza, jadi dia pergi berjumpa beberapa daripada mereka namun tiada yang dapat mengesahkan puncanya jadi begitu.

Ardeshiri memberitahu wartawan Iran bahawa kali pertama dia terus berasa bertenaga selepas kali pertama minum air bikarbonat jadi dia terus memilihnya sebagai alternatif makanan.

Dia mendakwa kehilangan 32 kilogram (kg) sejak mengambil minuman berkarbonat tetapi tidak mengalami masalah kesihatan.

Menurutnya, dia menyedari risiko pengambilan minuman berkarbonat yang tinggi dengan gula tetapi disahkan sihat selepas menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin termasuk prosedur endoskopi

Difahamkan, Ardeshiri kini hanya tidur empat jam sehari dan menghabiskan malamnya menonton televisyen serta menyelesaikan teka-teki.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2023 @ 1:20 PM