SEBUAH bangunan lapan tingkat yang runtuh susulan gempa bumi di selatan Turki. FOTO Sana / AFP
SEBUAH bangunan lapan tingkat yang runtuh susulan gempa bumi di selatan Turki. FOTO Sana / AFP
BERNAMA

Istanbul: Gempa bumi kuat dilaporkan melanda wilayah selatan Turkiye, Kahramanmaras, pada awal Isnin, menurut agensi bencana negara itu.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (Afad) Turkiye memaklumkan gempa bumi bermagnitud 7.4 berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan dan berpusat di daerah Pazarcik.

Gempa berlaku pada kedalaman tujuh kilometer, lapor Agensi Anadolu.

Gegaran turut dirasai di wilayah lain termasuk Diyarbakir dan Gaziantep serta negara jiran termasuk Lubnan dan Syria.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2023 @ 11:30 AM