INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP
INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP
Agensi

Phnom Penh: Pesakit cacar monyet pertama Thailand yang melarikan diri dari resort di Phuket ditemui di Kemboja, semalam.

Polis menahan lelaki Nigeria berusia 27 tahun itu di pasar di Phnom Penh pada petang Sabtu dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut, lapor Khmer Times.

Berikutan menyumbang kes pertama cacar monyet di Kemboja, pihak berkuasa didesak melakukan pengesanan kontak dan menjejaki lokasi dikunjungi lelaki itu.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata, pesakit dipercayai memasuki Kemboja pada Jumaat, berdasarkan isyarat talian telefon bimbitnya yang dikesan di sempadan Thailand.

Dalam taklimatnya semalam, Dr Opas tidak mendedahkan wilayah itu tetapi pembentangannya menunjukkan lokasi sebagai Sa Kaeo yang bersempadan dengan wilayah Banteay Meanchey.

Menurut Dr Opas, lelaki itu melarikan diri dengan bantuan pihak tertentu dan polis diminta menyiasat serta mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul berkata, Jabatan Kawalan Penyakit telah memulakan pengesan mereka yang mempunyai kotak rapat dengan pesakit itu.

"Setakat ini, kes baharu cacar monyet belum dilaporkan. Orang ramai tidak perlu risau kerana setiap ahli kumpulan berisiko sedang dipantau rapi oleh jabatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2022 @ 10:57 AM