CARA menggunakan penyepit yang dapat meningkatkan rasa masin. FOTO Reuters
CARA menggunakan penyepit yang dapat meningkatkan rasa masin. FOTO Reuters
Reuters

Tokyo: Penyepit berkomputer dengan deria rasa. Itu ciptaan penyelidik Jepun, menghasilkan penyepit boleh menambah rasa masin, berpotensi membantu mereka yang perlu mengurangkan natrium dalam diet.

Dibangunkan bersama profesor di Universiti Meiji, Homei Miyashita dan pembuat minuman Kirin Holdings Co, penyepit itu dapat meningkatkan rasa menggunakan rangsangan elektrik serta komputer mini dipakai pada pergelangan tangan.

Peranti itu menggunakan arus elektrik lemah untuk menghantar ion natrium daripada makanan, melalui penyepit, terus ke mulut, di mana ia mewujudkan rasa masin, kata Miyashita.

"Hasilnya, rasa masin meningkat 1.5 kali ganda," katanya.

Miyashita dan makmalnya meneroka pelbagai cara teknologi boleh berinteraksi dan merangsang pengalaman deria manusia.

Dia juga membangunkan skrin televisyen yang boleh dijilat dan meniru pelbagai perisa makanan.

Penyepit penambah rasa mungkin mempunyai kaitan tertentu di Jepun, di mana diet tradisional mengutamakan rasa masin.

Purata orang dewasa Jepun mengambil 10 gram garam setiap hari, dua kali ganda jumlah disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Pengambilan natrium berlebihan berkaitan dengan peningkatan insiden tekanan darah tinggi, strok dan penyakit lain.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2022 @ 6:00 AM