IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
BERNAMA

Jakarta: Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan wilayah Maluku Utara, timur Indonesia pada Selasa namun, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Gegaran yang berlaku pada 8.44 pagi waktu Jakarta (0144 GMT) itu turut dirasai di wilayah Sulawesi Utara tetapi tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi Indonesia.

Ketua Unit Operasi Badan Pengurusan dan Mitigasi Bencana wilayah Maluku Utara, Fehbi Alting berkata, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa di laporkan termasuk di bandar Gelela, kawasan paling teruk terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2022 @ 2:17 PM