GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
BERNAMA

Manila: Gempa bumi luar pesisir dengan magnitud awal 6.6 menggegarkan timur Filipina pada petang Selasa, kata Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Menurut Xinhua, institut itu berkata, gempa yang berlaku pada 8.54 malam waktu tempatan (1254 GMT) melanda pada kedalaman sembilan kilometer (km), kira-kira 120 km tenggara bandar Gigmoto di wilayah Catanduanes.

Institut itu berkata, gempa tektonik itu akan mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.

Gegaran itu turut dirasai di banyak kawasan di Pulau Samar dan wilayah Bicol di Pulau Luzon.

Filipina mempunyai aktiviti seismik yang kerap kerana lokasinya di sepanjang Lingkaran Api Pasifik

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2023 @ 12:06 AM