Kakitangan kesihatan bersedia untuk menjalankan kerja nyahkuman di Xi’an, wilayah Shaanxi, China. - FOTO AFP
Kakitangan kesihatan bersedia untuk menjalankan kerja nyahkuman di Xi’an, wilayah Shaanxi, China. - FOTO AFP
AFP

Beijing: Bandar Anyang di wilayah Henan menjadi bandar ketiga di China yang berdepan perintah berkurung selepas menyaksikan peningkatan kes Covid-19.

Bermula semalam, penduduk bandar berkenaan diarahkan untuk tidak meninggalkan kediaman masing-masing dan dilarang memandu kenderaan, lapor agensi berita Xinhua.

Minggu lalu, sejuta penduduk di bandar Yuzhou juga terletak dalam wilayah Henan turut diletakkan di bawah perintah berkurung.

Penduduk Xi'an pula kini berada di minggu ketiga perintah berkurung.

China melaporkan 11- kes baharu hari ini, jauh lebih rendah berbanding negara lain seperti Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan ratusan ribu kes baharu setiap hari.

Namun, ia tetap mencetuskan kebimbangan buat kerajaan China kerana ia sedang membuat persiapan bagi Olimpik Musim Sejuk di Beijing.

Hong Kong yang melaksanakan peraturan ketat berkaitan pembukaan sempadan turut meningkatkan peraturan Covid-19 bagi mengekang penularan Omicron dengan menutup tadika dan sekolah rendah sehingga awal Februari nanti.

Jepun juga melanjutkan polisi ketat berkaitan sempadan dengan menghalang kemasukan antarabangsa.

Ia juga membuka semula pusat pemberian vaksin.

Pakar kesihatan masih mengekalkan pendapat bahawa vaksin adalah senjata ampuh untuk melawan pandemik.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 January 2022 @ 5:52 PM