VISHAL bersama robot ciptaannya. FOTO Agensi
VISHAL bersama robot ciptaannya. FOTO Agensi
Agensi

Uttar Pradesh: Seorang penuntut kejuruteraan di India mencipta robot bagi membantu polis memantau orang ramai yang ingkar perintah berkurung.

Lapor portal Hindustan Times, Vishal Patel penuntut tahun ketiga Institut Ashoka di Varanasi mencipta robot yang bukan saja boleh berjalan di atas air, malah beroperasi di permukaan licin dan berliku.

Robot itu mampu mengurangkan risiko pihak berkuasa daripada terdedah dengan risiko jangkitan Covid-19 ketika bertugas di tempat awam.

Vishal yang membangunkan robot itu dengan pengawasan penuntut senior, Shyam Chaurasia, berkata, inovasi itu mampu menjadi perisai keselamatan anggota polis.

Ia dapat membantu polis mengesan individu yang tidak mengikut arahan penjarakan sosial dan ingkar perintah berkurung.

Dengan kawalan jarak jauh menerusi Internet dan dilengkapi kamera pelbagai hala, robot ini juga membolehkan komunikasi dua hala.

Mengulas idea ciptaan penuntut berkenaan, pegawai saintifik di Planetarium Gorakhpur berkata, robot berkenaan mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Terdapat banyak robot dibangunkan ketika ini, tetapi robot boleh digunakan di tempat lasak dan terpencil.

"Dilengkapi dengan roda, ia mampu berjalan di jalan berliku di kawasan luar bandar," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2020 @ 6:31 AM