PELAJAR sekolah menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Mumbai. FOTO AFP
PELAJAR sekolah menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Mumbai. FOTO AFP
BERNAMA

New Delhi: Jumlah kes Covid-19 di India meningkat kepada 34,960,261 pada Selasa, dengan 37,379 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, menurut data terkini kementerian kesihatan negara itu.

Kementerian itu turut melaporkan 124 lagi kematian disebabkan wabak itu, menjadikan jumlah korban terkini mencecah 482,017, menurut Xinhua.

Sebanyak 171,830 kes aktif Covid-19 direkodkan di negara ini.

Sementara itu, sebanyak 34,306,414 kes jangkitan Covid-19 sudah pulih setakat ini, termasuk 11,007 pesakit telah sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kes Covid-19 membabitkan varian Omicron sudah mencecah 1,892 kes dengan negeri Maharashtra mencatatkan 568 kes dan Delhi 382 kes, menurut data kementerian itu.

Perbadanan Perbandaran Brihanmumbai (BMC) sudah mengeluarkan garis panduan baharu di Mumbai berikutan peningkatan kes Covid-19.

BMC akan menutup keseluruhan bangunan kediaman jika lebih 20 peratus daripada penghuninya dijangkiti Covid-19.

Pekeliling itu berkuat kuasa pada Selasa, ketika India merekodkan 8,082 kes baharu Covid-19 pada Isnin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 2:54 PM