GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

New Delhi: Jumlah kes Covid-19 di India meningkat kepada 34,094,373 pada Selasa, selepas 13,058 lagi kes baharu didaftarkan sejak 24 jam lepas, memetik data terbaru kementerian kesihatan persekutuan.

Jumlah kes baharu itu adalah yang terendah dalam tempoh 231 hari, lapor Agensi Berita Xinhua.

Selain itu, sebanyak 164 korban akibat virus itu dilaporkan sejak Isnin pagi, menjadikan jumlah kematian seramai 452,454.

Sejumlah 33,458,801 kes sembuh dilaporkan dengan yang terbaru seramai 19,470 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Oktober 2021 @ 2:21 PM