WANITA menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat pemberian vaksin di India. FOTO EPA
WANITA menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat pemberian vaksin di India. FOTO EPA

Bernama

New Delhi: India mencatatkan 60,471 lagi kes baharu Covid-19 pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 29,570,881.

Kementerian Kesihatan berkata, selain itu, 2,726 lagi kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan 377,031 orang meninggal dunia akibat virus itu, lapor Xinhua.

Setakat Selasa, India mencatatkan kes kurang dari 100,000 untuk lapan hari berturut-turut.

Masih terdapat 913,378 kes aktif di India, penurunan sebanyak 59,780 sejak 24 jam lalu.

Jumlah pesakit sembuh dan dibenar keluar hospital meningkat kepada 28,280,472, pertambahan sebanyak 117,525.

Sementara itu, bermula Isnin, semua kedai dan restoran di New Delhi dibenarkan dibuka dengan kapasiti 50 peratus pengunjung, berikutan penurunan ketara kes jangkitan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Bagaimanapun sekolah, kolej, institusi pendidikan, kolam renang, gimnasium, dan lain-lain, masih ditutup.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Jun 2021 @ 2:28 PM