PENIAGA di Hyderabad memakai pelitup muka untuk menarik pengunjung. FOTO AFP
PENIAGA di Hyderabad memakai pelitup muka untuk menarik pengunjung. FOTO AFP
BERNAMA

New Delhi: Kementerian kesihatan India pada Rabu mengumumkan kes Covid-19 di negara itu sudah melebihi 1.9 juta iaitu mencecah 1,908,254.

Menurut agensi berita Xinhua, memetik data kementerian, sebanyak 52,509 kes baharu dikesan dalam 24 jam lalu.

Selain itu, 857 kematian dilaporkan sejak Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan korban sehingga Rabu seramai 39,795 orang.

Kadar kes sembuh di negara ini sebanyak 1,282,215 orang dan terdapat sejumlah 586,244 kes aktif.

Selama beberapa minggu terakhir, India menumpukan untuk meningkatkan ujian sampel. Sehingga Selasa, sebanyak 21,484,402 sampel sudah diuji.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 3:22 PM