PENUMPANG pesawat IndiGo Airlines ditahan selepas cuba membuka pintu kecemasan. FOTO Agensi
PENUMPANG pesawat IndiGo Airlines ditahan selepas cuba membuka pintu kecemasan. FOTO Agensi
Agensi

New Delhi: Gara-gara cuba membuka pintu kecemasan ketika penerbangan, seorang lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan pada Khamis.

Insiden berlaku ketika pesawat IndiGo Airlines 6E-457 yang membawa 180 penumpang dalam penerbangan dari Guwahati ke Agartala.

Indiatoday melaporkan, seorang penumpang yang duduk di lelaki terbabit cuba menghalang perbuatan itu, tetapi tidak dihiraukan sebaliknya tetap cuba membuka pintu terbabit.

Seorang kru penerbangan turut dilihat cuba menghalang perbuatan itu, namun lelaki itu masih meneruskan usahanya sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penumpang lain.

Video insiden berkenaan turut tulars di media sosial.

Penumpang yang dikenali sebagai Biswajit Debnath, ditahan sebaik pesawat mendarat di Agartala.

Siasatan awal mendapati lelaki berada di bawah pengaruh dadah.

Sementara itu, IndiGo Airlines dalam kenyataan berkata, mengikut prosedur operasi standard (SOP), penumpang itu diisytiharkan tidak dapat dikawal oleh anak kapal dan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan ketika ketibaan.

"Pihak kami tidak berkompromi terhadap keselamatan penerbangan. Kami kesal di atas sebarang kesulitan yang dialami oleh penumpang lain," katanya.

Kejadian sama berlaku pada Rabu, apabila seorang penumpang IndiGo Airlines dalam penerbangan ke Chennai cuba membuka pintu kecemasan pesawat berkenaan.

Dikenali sebagai Manikandan, lelaki itu diserahkan kepada pegawai Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat (CISF) sebaik tiba di Lapangan Terbang Chennai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 September 2023 @ 9:31 AM