Keadaan di Marikh yang disiarkan CNSA melalui misi Tianwen-1 semalam. Foto Agensi
Keadaan di Marikh yang disiarkan CNSA melalui misi Tianwen-1 semalam. Foto Agensi
Agensi

Beijing: Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) hari ini, menyiarkan video dan gambar terbaharu di Marikh, lapor agensi berita Xinhua.

Video itu menunjukkan rover peneroka, Zhurong melakukan pendaratan dengan membuka payung terjunnya dan turun ke permukaan planet.

Ia kemudiannya keluar dari platform pendaratannya dan bergerak di atas permukaan Marikh.

Gambarnya yang disiarkan pula menunjukkan landskap di Marikh dan kesan laluan yang ditinggalkan oleh Zhurong.

Zhurong sudah berada di Marikh selama 42 hari dan mencapai pergerakan sejauh 236 meter.

Rover berkenaan akan meneruskan pergerakan, pengesanan dan misi penerokaan saintifik seperti yang dirancang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Jun 2021 @ 3:17 PM