PERAYAU Curiosity. FOTO NASA Mars Exploration
PERAYAU Curiosity. FOTO NASA Mars Exploration
Bernama-Xinhua

Los Angeles: Perayau Curiosity milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) berada di Marikh selama 4000 hari sejak ia mendarat di Kawah Gale pada 5 Ogos 2012, lapor Xinhua.

Sejak itu, perayau berkenaan terus berfungsi mengumpul data saintifik mengenai Planet Merah itu.

Baru-baru ini, ia menggerudi sampel ke-39 untuk dianalisis secara terperinci.

Untuk mengkaji sama ada Mars purba mempunyai persekitaran yang menyokong kehidupan mikrob, perayau itu secara beransur-ansur mendaki Gunung Sharp yang setinggi lima kilometer.

Gunung itu yang terbentuk dalam tempoh yang berbeza dalam sejarah planet itu juga boleh menunjukkan rekod tentang iklim planet itu yang berubah dari semasa ke semasa, menurut Nasa.

Curiosity adalah perayau terbesar dan paling canggih pernah dihantar ke Marikh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2023 @ 2:46 PM