PETUGAS kesihatan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) di wad pesakit Covid-19 di Hospital SRN, Allahabad. FOTO AFP
PETUGAS kesihatan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) di wad pesakit Covid-19 di Hospital SRN, Allahabad. FOTO AFP
AFP

New Delhi: Jumlah kes Covid-19 di India hampir mencecah angka 20 juta dengan bekalan oksigen yang meruncing menyebabkan India terus dihimpit kesengsaraan dalam gelombang kedua ini.

Sejak akhir Mac lalu, jumlah kes melonjak sehingga lapan juta dan Perdana Menteri, Narendra Modi didesak mengambil langkah tegas untuk mengekang penularan.

Kekurangan katil dan bekalan oksigen di hospital menyebabkan anggota kesihatan di New Delhi terpaksa meminta pertolongan melalui media sosial.

"Oksigen adalah keperluan asas di hospital dan bekalan yang konsisten tidak dapat dipastikan. Kami sedang berjuang habis-habisan," kata ketua Hospital Kanak-Kanak Madhukar Rainbow, Dr Dinesh kepada Indian Express.

Sebuah hospital di Karnataka yang terletak di selatan India dilaporkan mencatatkan 24 kematian dalam tempoh 24 jam selepas ia kehabisan bekalan oksigen.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Mei 2021 @ 9:24 PM