TENTERA India melaksanakan perintah berkurung termasuk memotong bekalan Internet dan telefon, dan hanya membenarkan pergerakan terhad di atas jalan di Srinagar. FOTO   EPA
TENTERA India melaksanakan perintah berkurung termasuk memotong bekalan Internet dan telefon, dan hanya membenarkan pergerakan terhad di atas jalan di Srinagar. FOTO EPA
AFP

NEW DELHI: Lebih 500 ditahan dalam tindakan keras terbaharu di Kashmir, India yang kian tegang sejak pemerintah haluan kanan memansuhkan autonomi wilayah itu, kata laporan hari ini.

Profesor universiti, pemimpin perniagaan dan aktivis antara 560 orang yang dibawa ke pusat tahanan sementara, sebahagiannya ketika serbuan tengah malam di Srinagar, Baramulla dan Gurez, lapor Press Trust of India dan Indian Express.

Penangkapan itu dibuat ketika Perdana Menteri India Narendra Modi dijadualkan untuk berucap menerusi radio hari ini untuk menjelaskan keputusan kerajaan nasionalis Hindu pimpinannya membatalkan status khas selama tujuh dekad ke atas wilayah itu ini melalui keputusan presiden.

Parlimen juga meluluskan undang-undang memisahkan wilayah menjadi rebutan itu, yang berhadapan pemberontakan bersenjata terhadap pemerintahan India sejak 1989, kepada dua wilayah yang akan ditadbir secara langsung oleh New Delhi.

Puluhan ribu tentera India melaksanakan perintah berkurung termasuk memotong bekalan Internet dan telefon, dan hanya membenarkan pergerakan terhad di atas jalan, biasanya sibuk dengan pelancong yang mengembara ke lembah indah itu.

Semalam, agensi keselamatan penerbangan India menasihatkan lapangan terbang di seluruh negara meningkatkan kawalan keselamatan kerana keselamatan sivil muncul sebagai sasaran mudah serangan militan mendalangi gerakan di Kashmir.

The developments in Kashmir have irked India’s nuclear-armed neighbour Pakistan which Wednesday said it was downgrading diplomatic ties with Delhi. India has yet to respond to Islamabad’s actions.

Perkembangan di Kashmir menimbulkan kemarahan Pakistan, yang berkata ia menyebabkan hubungan diplomatik tegang antara negara itu dengan India.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 3:51 PM