SUSPEK (kanan) sebelum menetak Pranay dihadapan Amrutha. -Foto Agensi
SUSPEK (kanan) sebelum menetak Pranay dihadapan Amrutha. -Foto Agensi
Agensi

NEW DELHI: Seorang lelaki ditetak mati dengan kejam menggunakan parang di depan isterinya yang hamil dalam kejadian disyaki pembunuhan kerana maruah di India.

Pranay Kumar, 24, dibunuh ketika keluar dari hospital bersama isterinya Amrutha Varshini, 23, di pekan berhampiran Hyderabad pada 14 September lalu, lapor Financial Express.

Seorang lelaki tidak dikenali dilihat dalam rakaman kamera litar keselamatan tertutup menghampiri mangsa dengan membawa parang sebelum menetaknya di tengkuk, manakala Amrutha yang terkejut cuba membantu suaminya.

Bagaimanapun, suspek menetak Kumar sekali lagi sebelum mencampakkan parang berkenaan dan selamba meninggalkan tempat itu.

Amrutha dilihat berlari semula ke dalam hospital untuk meminta bantuan, namun suaminya diisytiharkan mati tidak lama selepas itu.

Daily Mail melaporkan, polis percaya kejadian itu akibat pasangan berkenaan dari kasta berbeza dengan Kumar dari golongan dalit yang paling dipandang keji.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 September 2018 @ 11:58 PM