GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Agensi

Beijing: Perasaan cinta mendorong seorang wanita di China memasukkan nama bekas kekasih sebagai waris dalam surat wasiatnya.

Ia melayakkan ibunya mendapat harta, manakala lelaki berkenaan menerima semua wang simpanan.

World of Buzz melaporkan, kejadian berlaku di Guangdong, selepas wanita dikenali sebagai Lili, 29, itu menulis surat wasiat di sebuah bank.

Ia bertujuan mewasiatkan harta dan wang dimiliki termasuk kepada bekas kekasih.

Dia mengambil masa tiga jam menyelesaikan semua pembahagian harta itu.

Ia termasuk sejumlah simpanan puluhan ribu yuan sepanjang dia bekerja.

Lili berkata, biarpun sudah lama berpisah, dia bersyukur kerana pengalaman menjalin hubungan dengan kekasih membantu melalui usia dewasa.

Dia berkata, surat wasiat berkenaan ditulis ketika usianya memasuki 30 tahun.

Menurut wanita itu, ketika dia di sekolah tinggi, keluarganya pernah berdepan masalah menyebabkan dia sedar hidup boleh berubah sekelip mata, pada bila-bila masa.

Lili dilaporkan lega dan tenang selepas selesai menulis surat wasiat berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 April 2021 @ 6:30 AM