PETANI menyiram tanaman ketika Gunung Sinabung mengeluarkan debu dan asap tebal ke udara. FOTO AFP
PETANI menyiram tanaman ketika Gunung Sinabung mengeluarkan debu dan asap tebal ke udara. FOTO AFP
AFP

Medan: Gunung Sinabung meletus, pada pagi Selasa dan mengeluarkan debu dan asap setinggi 5,000 meter.

Letusan gunung berapi di Kepulauan Sumatera itu bermula apabila mengeluarkan asap dan debu awal pagi ini, menurut pihak geologi tempatan yang turut merekodkan 13 letusan.

Pihak berkuasa sudah mengeluarkan amaran kepada penduduk untuk tidak menghampiri kawasan radius lima kilometer dari gunung berkenaan.

Kawasan berdekatan gunung itu juga sudah dikosongkan sejak setahun lalu disebabkan peningkatan aktiviti di kawah gunung berapi berkenaan.

Tiada sebarang arahan kecemasan dikeluarkan selain tiada penerbangan yang terjejas.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 4:55 PM