ABU tebal kelihatan daripada letusan Gunung Berapi Sinabung. FOTO AFP
ABU tebal kelihatan daripada letusan Gunung Berapi Sinabung. FOTO AFP
BERNAMA

Jakarta: Gunung Berapi Sinabung di Sumatera Utara meletus, hari ini, menyebabkan abu tebal sejauh satu kilometer (km) dari puncaknya, menurut Pusat Mitigasi Bahaya Volkanologikal dan Geologikal negara itu.

Letusan itu berlaku pada 1.55 pagi waktu tempatan, selama 175 saat, lapor agensi berita Xinhua.

Pusat berkenaan sebelum ini sudah mengeluarkan larangan untuk sebarang aktiviti di kawasan perkampungan yang terletak tiga kilometer (km) dari puncak gunung berkenaan.

Selain itu, ia menggesa penduduk mengelakkan kawasan sungai yang mengalir dari Gunung Berapi Sinabung.

Pihak berkuasa juga mengeluarkan arahan supaya penduduk memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah untuk mengelak daripada bernafas dalam debu gunung berapi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 April 2021 @ 12:25 PM